Tentang Kami

Sifu Mandarin menyediakan platform seminar, kelas , personal@group coaching serta khidmat penterjemahan Bahasa Mandarin. Perkhidmatan kami khusus untuk Badan Kerajaan, Syarikat Korporat, Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Komuniti dan Individu (dewasa, remaja dan kanak – kanak).

Sifu Mandarin adalah jenama (branding) yang telah bertapak lebih 3 tahun dalam pengajaran Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Kedua. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh SIFU MANDARIN CONSULTING PLT (LLP0010487-LGN) dimana ianya 100% dimiliki oleh warganegara Malaysia. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 17 Mei 2014. Pemilik & penggerak utama syarikat ialah Tuan Mohd Saiful Nizzam Mohd Nasir dan Puan Siti Hawa Othman.

Kami terpanggil membantu menjayakan matlamat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai kelebihan dalam berbahasa serta mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia. Kami yang berpengalaman lebih dari 5 tahun sangat komited dalam memberi latihan dan bimbingan pembelajaran Bahasa Mandarin kepada penutur bukan jati khususnya melalui Kelas Sifu Mandarin. Kami yakin dapat membantu lebih ramai masyarakat di luar sana untuk mempunyai kelebihan berbahasa Mandarin dengan kepakaran dan sistem bimbingan daripada syarikat kami.

VISI SYARIKAT


Visi syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT ialah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang pembelajaran bahasa Mandarin dengan cara yang MUDAH, TEPAT & BERKESAN di Malaysia menjelang 31 Disember 2020.

MISI SYARIKAT


  • Syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia menjelang 31 Disember 2019
  • Syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT mempunyai 2 orang tutor yang menguruskan setiap cawangan di seluruh Malaysia.
  • Syarikat SIFU MANDARIN CONSULTING PLT mempunyai kit pembelajaran yang lengkap merangkumi buku modul, buku tulis, audio, video dan applikasi telefon bimbit menjelang 31 Disember 2018.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI BAHASA MANDARIN

KEUNIKAN KELAS SIFU MANDARIN

1. Sistem pembelajaran yang lengkap dan sistematik.


2. Modul pembelajaran yang meliputi aspek membaca, mendengar, menulis dan berkomunikasi.


3. Tenaga pengajar yang berkaliber dan berpengalaman.

Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Hawa Laoshi ( Cikgu Hawa ) ialah seorang yang fasih berbahasa Malaysia dan mendapat pendidikan Bahasa Mandarin lebih dari 12 tahun.

Beliau mendapat pendidikan Bahasa Mandarin seawal usia 5 tahun di Tadika Keh Seng, Melaka sebelum melanjutkan pendidikan sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keh Seng, Melaka. Minat dan kesungguhan beliau dalam mempelajari Bahasa Mandarin mendorong ibubapa beliau menghantar beliau ke Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka sebuah sekolah swasta beraliran Cina (Mandarin). Setelah mendapat Ijazah Perakauan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Beliau bekerja sebagai juruaudit di syarikat swasta sebelum membuat keputusan untuk menjadi pengajar dan pembimbing sepenuh masa dalam pendidikan Bahasa Mandarin. Beliau juga telah memperolehi Certifificate of Chinese Proficiency Test, HSK (Level 6) yang dikeluarkan oleh Negara China.

Kini, Puan Siti Hawa Binti Ar. Hj. Othman merupakan pembimbing / trainer sepenuh masa di Kelas Sifu Mandarin. Beliau berpengalaman mengendalikan program bahasa Mandarin di badan – badan kerajaan ( Tourism Malaysia,Putrajaya; Koperasi Ukhuwah ), syarikat swasta (Million Makers Sdn Bhd - syarikat logistic; D&P Process & Services – syarikat pembekal Petronas, Inhealth Beauty – syarikat kecantikan, badan NGO – Multiracial Reverted Muslim; Komuniti – masjid sekitar Selangor; individu dewasa secara perseorangan dan kumpuluan serta kanak – kanak.

Beliau sangat komited untuk melatih lebih ramai individu diluar boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin selain menjayakan matlamat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai kelebihan berbahasa ketiga.

4. Ruang pembelajaran yang selesa dan kondusif.

Kelas yang lengkap dengan penghawa dingin, papan putih, kerusi & meja yang selesa.
Maksimum 14 ORANG pelajar sahaja untuk 1 kelas,
Setiap sesi kelas selama 2 jam.